Selasa, 20 April 2010

Kek Perkahwinan Tan Sri Isa Samad





Haaa yg ini 3 tingkat sebenarnya. Kawan aku yg dapat tempahan ni dari katerer..
Ini tingkat yg bawah, tingkat 2 dan 3 kawan aku uruskan. Aku setelkan yg ini...
Nak pakai petang (19 April 2010), dan tempahan mengejut pukul 10 pagi...(lain kali tak sanggup aku) punyalah rushing...
Tak sangka tengok dalam berita NTV7 tgh 20 April...ada masuk TV...
sambil kempen PRK kat Hulu Selangor, Pengantin Baru ni di rai oleh kawan2 mereka.

Hantar Kek Pertunangan Ke Melaka









Baik sungguh Cik Shafikah dari Seksyen 18 Shah Alam ni. Apa tidaknya,..susah-susah sponsor kek pertunangan untuk sepupunya Nina. Majlis pertunangan berlangsung di Bertam Ulu, Melaka pada Sabtu 10 April 2010. Oleh kerana Cik Shafikah ni banyak kerja...dia minta saya tolong deliverkan kek ni ke Melaka...emmm (boleh..)
Saya hantar ke Melaka pada Jumaat 9 April 2010. Sampai Bertam Ulu lepas hantar terus gi masjid, ngam2 imam tengah baca khutbah...

Kek Ben10


Kek Hari jadi untuk Adek Darwisy Irfan - 4 tahun
Adek Darwisy ni peminat no 1 Ben10....yg pompuan tu adek dia

Ahad, 11 April 2010

















Permintaan dari En. Razali, Pengurus rangkaian Geylang Kopitiam. Untuk majlis merai hari jadi seleberiti Sazzy Falak...ini betul2 last minit order, tapi Alhamdulillah dapat deliver on time.

Khamis, 11 Mac 2010

Cerita Lucu kek hari jadi

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Sabtu, 6 Mac 2010



Kek hari jadi buat Laila Hanisah...Sek. Men. Seksyen 18



Kek cokelat berperisa blueberry dengan hiasan buttercream
untuk meraikan student Diploma Computer Science UiTM Melaka.
Simple aje .... nak putih punyer....











Kek Cokelat dengan perisa blueberry.
Kemasan dengan buttercream...
Kek 3 tingkat ini ditempah oleh En. Abdul Kadir dari Taman Mastiara, Jalan Ipoh Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan anak beliau, Cik Shamsiah dengan jejaka pilihannya yg berasal dari Sabah. Tema majlis perkahwinan ialah Gold/Brown...
Selamat pengantin baru buat Shamsiah dan Ghulam.



Khamis, 18 Februari 2010

Kek Hari Jadi



















Butter cream cakes :
Kek Hari Jadi dan kek hadiah perkahwinan....
ha ha 2 dalam 1....
Untuk hari jadi kanak2, bolehlah letak gambar seperti :
Spiderman, Ultraman, Ben 10, Upin dan Ipin atau letak gambar sendiri....mmm mesti menarik !!

Kek Hantaran Pertunangan



Kek fondant untuk Hantaran berbentuk hati dengan tema warna kuning ini ditempah khas oleh saudari Zamratul Asyikin untuk majlis pertungangan adik iparnya yang telah berlangsung pada cuti tahun baru Cina 14 Februari 2010....tarikh romantik ni...

Semoga nanti bila sampai hari langsung, kami diberi peluang pula menghiasai meja pengantin dengan kek 4 tingkat......
Apa pun kami ucapkan selamat bertunang kepada pasangan romantis ini.

Khamis, 11 Februari 2010

Selasa, 2 Februari 2010

Jodoh Pertemuan di Tangan Allah...


Sirih dagang tumbuh di batu,
Buluh hutan buatkan galah,
Kasih sayang tak boleh tentu,
Jodoh pertemuan di tangan Allah

Kadang-kadang kita biasa dengar sesaorang itu mulanya bercinta dengan orang lain
akan tetapi naik pelamin dengan orang lain pula....
itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Antara gading, tanduk dan tulang
Semuanya keras umpama Jati
Antara hantaran sembilan dulang
Kek pengantin memikat hati

Bakal mempelai bolehlah membuat tempahan untuk hari bahagia nanti.
Untuk tempahan sila hubungi :
012-398 3350 (Haris) atau e-mel : harisabdol@yahoo.com
013-392 3350 (Rahimah) atau e-mel: puanrahimah@yahoo.com

fondant cakes



Mula-mula dulu cuba-cuba....sekarang dah mula berjinak-jinak dalam seni pastry ni...

untuk tempahan bolehlah hubungi saya di talian

012-398 3350 (Haris)

013-392 3350 (Rahimah) atau e-mel ke harisabdol@yahoo.com atau puanrahimah@yahoo.com