Khamis, 11 Mac 2010

Cerita Lucu kek hari jadi

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Sabtu, 6 Mac 2010



Kek hari jadi buat Laila Hanisah...Sek. Men. Seksyen 18



Kek cokelat berperisa blueberry dengan hiasan buttercream
untuk meraikan student Diploma Computer Science UiTM Melaka.
Simple aje .... nak putih punyer....











Kek Cokelat dengan perisa blueberry.
Kemasan dengan buttercream...
Kek 3 tingkat ini ditempah oleh En. Abdul Kadir dari Taman Mastiara, Jalan Ipoh Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan anak beliau, Cik Shamsiah dengan jejaka pilihannya yg berasal dari Sabah. Tema majlis perkahwinan ialah Gold/Brown...
Selamat pengantin baru buat Shamsiah dan Ghulam.